“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu melahirkan produk buatan sendiri dan ia bersesuaian dengan iklim, suhu dan persekitaran tempatan,” tegasnya.
Selepas membuat kajian dan pembangunan hampir setahun, syarikat telah berjaya memperkenalkan produk sulungnya, pencuci lantai Kleenso 9-in-1 Anti-Bacterial Liquid Wax Floor Cleaner.
“Sebagai permulaan produk itu dijual dalam kalangan rakan-rakan dan sambutannya amat menggalakkan sehingga mencatat sebanyak 120,000 botol pada tahun pertama.
“Sehingga kini, produk pencuci lantai itu masih popular dalam kalangan pelanggan,” jelasnya.
Perkembangan Kleenso Resources terus berkembang tahun demi tahun kerana strategi Teck Meng berjaya menembusi pasaran hingga ke rantau Asia Tenggara dengan membuka sebuah kilang di Filipina pada tahun 2018.
Buat masa ini, produk syarikat telah dieksport ke 12 buah negara termasuk Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Brunei dan Kemboja.
“Sumbangan pasaran eksport kini adalah sebanyak lima peratus kepada pendapatan syarikat pada masa sekarang,” jelasnya sambil menambah syarikat bercadang untuk menubuhkan syarikat di Indonesia dan Vietnam pada masa depan.
Bagi pengeluaran domestik pula, kilangnya yang seluas 24,000 kaki persegi dan berkapasiti 500 tan sebulan itu kini dalam perancangan untuk membangunkan pusat kajian dan pembangunan.
Ia bertujuan untuk membolehkan syarikat menghasilkan lebih banyak produk pembasmi kuman dan penjagaan kesihatan bagi menampung keperluan permintaan yang semakin bertambah.
“Syarikat juga mahu mendirikan kilang yang memiliki standard amalan pembuatan baik (GMP) yang baharu selain memenuhi standard antarabangsa serta pensijilan halal bagi meningkatkan kapasiti,” ujarnya.
Selain itu, kami juga mahu memberi tumpuan terhadap produk pembasmi kuman dan pembersihan untuk persekitaran yang lebih rumit seiring dengan perubahan gaya hidup masyarakat masa kini,” jelasnya.
Harapan beliau kini mahu menjadikan Kleenso sebagai jenama tempatan nombor satu sekali gus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.